Sunday, February 3, 2013

keindahan di hari pernikahan ~

setiap insan inginkan hidup berpasang-pasangan..begitu juga aku..

saat diijabkabul..itulah saat paling manis bagi setiap pasangan yg baru mendirikan rumah tangga..

bagi yg lelaki..dia sudah mula memikul satu amanah besar iaitu tanggungjawab terhadap isterinya..
bagi yg perempuan..segala dosanya akan terbeban ke atas suaminya.. jadi, haruslah saling ingat mengingati..


......

kenapa saya menulis tentang perkahwinan..kerana saya juga bakal menuju ke arah itu.. semoga dipermudahkan olehNya..amin..

kisahnya, hari ini saya telah membuka butik pengantin online..wah! cantik2 semuanya..berkenan sungguh! ya Allah... nafsu wanita sungguh! ampunkan aku ya Allah..

satu persatu gambar diteliti saya.. saya mencari set pelamin..dan busana pengantin.. orang kata 'usha2' la kononnya.. kemudian, tengok pula gambar2 pengantin yg berseri2 dengan pasangan masing2.. memang kebahagiaan terpancar diwajah mereka...

ingin sekali berada disituasi itu..namun, Allah s.w.t telah menetapkan bila jodoh saya nanti..hanya berdoa n bersabar..jodoh itu xlari..yg penting persiapkan diri dahulu.. (tu masa saya belum bertunang)..sy selalu ckap mcm tu..tp skg dah ada tunang..mcm2 dugaan..harus dipercepatkan ya.. moga Allah redha.. 

celoteh pula saya..sebenarnya saya nak 'statekan' di sini adalah..trend perkahwinan pd masa skg..sy bkn lah ingin mengaibkan sesiapa..malah sy juga sedang dlm usaha memperbaiki diri saya sndiri.. (Ya Allah.. moga aku terus istiqamah)...  pada masa kini, pengantin perempuan berhias di hari bhagia mereka seolah2 mereka lupa tujuan sebenarnya majlis diadakan..pakaian menjolok mata, pemakaian bulu mata palsu (haram!).. gambar yang mengghairahkan... yg paling sedih adalah masa akad nikah pakai tudung sungguh ayu....tapi apabila mjlis reception..ke mana tudungnya? mungkin dah jd tudung saji.. sy turut bersimpati dengan mereka..sy doakan mereka sedar akan kekhilafan yg mungkin mereka sedar atau tidak, ianya adalah satu penghinaan kpd Allah s.w.t.. 

ya Allah..kau tetapkan lah hatiku...jgn lah engkau letakkan aku dikalangan org2 yg tidak beriman kepada Mu.. 

perkahwinan adalah ibarat membina sebuah masjid..jgan diruntuhkan dan dicemarkan ia dengan perkara yang hanya bahagia dan indah hanya sementara,,kelak apabila bertemu pencipta, kita tidak dipandang olehNya..nauzubillah.. 


perkahwinanituindahbukan? jadikannya seindah dan seharum kasturi agar dapat mencapai cinta Ilahi ..

wassalam :-)